PUTRAJAYA: Penempatan graduan lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sekolah hanya akan dilakukan berdasarkan kekosongan jawatan dan pengkhususan mereka.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia kerana kementerian terpaksa memberi keutamaan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) lulusan 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

“Sebab itulah, dalam soal penempatan sekolah, keutamaan akan diberikan kepada lulusan KPLI dan jika ada kekosongan baru kita menempatkan graduan lulusan IPTA tetapi ia bergantung kepada kekosongan serta bidang pengkhususan yang diambil ketika di universiti,” katanya kepada media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Kualiti peringkat kementerian di sini, semalam.

Justeru, Mohd Puad berkata, isu penempatan tidak seharusnya timbul kerana proses penempatan semua graduan KPLI dari IPG sudah selesai untuk sesi persekolahan yang bermula Ahad dan Isnin ini.

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

tula pasai KPT ni perlu dibubarkan, ikut kebinet lama dah la, dah tu yang belaja kat ipta ni di anak tirikan, tak mahir mentadbir sungguh umngok ni, bahasa kasarnya, mangkuk hayun.