PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 30 sekolah lagi daripada pelbagai aliran telah dipilih bagi disenaraikan sebagai sekolah kluster, menjadikan keseluruhannya sebanyak 60 sekolah sejak ia diperkenalkan pada Mac tahun lalu.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah sekolah kluster akan bertambah setiap tahun sehingga mencapai sasaran 300 sekolah kluster pada 2010.

Beliau berkata, sekolah-sekolah kluster fasa kedua itu turut layak memohon peruntukan khas berjumlah sehingga RM500,000 untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah ditentukan.

''Sehingga April 2008, sebahagian peruntukan telah disalurkan kepada 30 sekolah kluster bagi fasa pertama manakala baki peruntukan akan diturunkan berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa setiap sekolah.

''Peruntukan untuk sekolah kluster fasa kedua pula akan diturunkan selepas permohonan sekolah-sekolah tersebut diluluskan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Panel Penasihat Sekolah Kluster di kementeriannya di sini hari ini.

Pelaksanaan sekolah kluster adalah salah satu fokus utama yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.

Menurut Hishammuddin, pada masa yang sama kementerian akan menilai dan meneliti 75 perakuan dan cadangan yang dikemukakan panel penasihat bagi menambah baik dan memperkukuhkan pengurusan serta pentadbiran sekolah kluster di seluruh negara.

''Perakuan dan cadangan ini diperoleh panel penasihat hasil daripada lawatan ke sekolah kluster, perbincangan bersama pemimpin sekolah kluster, serta lawatan ke beberapa buah negara yang melaksanakan konsep mirip sekolah kluster di negara ini.

''Perakuan dan cadangan itu boleh dijadikan panduan kepada pengetua dan gurubesar sekolah kluster serta pegawai di kementerian dalam menjayakan pelaksanaan sekolah kluster ini," katanya.

Beliau berkata, perakuan tersebut juga melibatkan beberapa aspek dan bidang utama termasuk pengurusan am kementerian, kepimpinan dan pengurusan, pengurusan sekolah, guru sekolah kluster, kurikulum, hal ehwal murid dan bidang kebitaraan (niche area).

Selain itu, katanya, ia turut membabitkan prasarana dan iklim sekolah, penglibatan ibu bapa dan masyarakat, jaringan, penaksiran dan pemantauan.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, selaras dengan usaha memartabatkan profesion keguruan di negara ini, Jemaah Menteri telah meluluskan pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 bagi mengemaskinikan bidang kuasa dan keupayaan kementerian melahirkan pendidik yang berkualiti, cemerlang dan berkebolehan.

''Rang undang-undang ini akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang untuk dibahaskan.

''Antara tumpuan usaha ini adalah menaiktaraf maktab perguruan di seluruh negara kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)," katanya

- Utusan Malaysia -

Kepada semua sahabat, di sini dilampirkan cadangan subjek yang perlu diambil untuk semester 1 sesi 2008/2009. Diharap dapat membantu sahabat sekalian. Jika ada masalah, boleh tulis komen, dan InsyaAllah akan diselesaikan dengan segera...

KURSUS TERAS PENDIDIKAN ISLAM

  • IXEU 2107- MADKHAL TAFSIR
  • IXEB 2108- FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
  • ISEU 3310- HISTORIOGAFI ISLAM
  • IQEU 3317- TARTIL AL-QURAN
  • IXEB 3107- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
  • IXEB 2107- TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM

KURSUS PENGKHUSUSAN PQ

  • IXEB 3201- TAFSIR 2
  • IQEU 3104- I’JAZ AL QURAN

KURSUS KAEDAH KEDUA

  • IXEB 4101- PENILAIAN DLM PEND BHS ARAB
  • IXEB 4102- PENGAJARAN MICRO BHS ARAB

ELEKTIF LUAR ( FAK. PENDIDIKAN )

  • PAEX 2301- PERANAN SEKOLAH DAN MASYRAKAT DALAM PENDIDIKAN MORAL
  • PPEX 2302- PEND AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
  • PSEX 1301- NILAI, ETIKA DAN MASYARAKAT

KURSUS KAEDAH PERTAMA ( UNTUK PI)

  • IXEB 2106 – PENGAJARAN MIKRO ( PEND ISLAM )
  • IXEB 2109 – METOD PENGAJARAN AKHLAK
  • IXEB 3108 – METOD PENGAJARAN FIQH

KURSUS PENGKHUSUSAN PI

  • IXEH 2101 – FIQH IBADAT
  • IXEH 2102 – FIQH MUAMALAT
  • IXEH 2104 – FIQH USRAH
  • IXEH 2105 – FIQH JINAYAT
  • IXEH 2108 – QAWAID TAFSIR
  • IFEH 3104 – FIQH MAWARITH

KOKURIKULUM

  • GNEK 1002 – KHIDMAT MASYARAKAT
  • GNEK 1011 – BIMBINGAN KERJAYA
  • GNEK 1012 – BIMBINGAN RAKAN SEBAYA
  • GNEK 1018 – PENERBITAN MAJALAH ( BI )
  • GNEK 1029 – PENGARANGAN LAMAN WEB
  • GNEK 1033 – PENGURUSAN ACARA
  • GNEK 1034 – PEMUDAHCARA ( FASILITATOR)
  • GNEK 1043 – ASAS FOTOGRAFI
  • GNEK 1044 – ASAS PROTOKOL DAN IMEJ DIRI
  • GNEK 1045 – TEKNIK TEMUDUGA
  • GNEK 1047 - KEMAHIRAN BERORGANISASI
  • GNEK 1048 – KEUSAHAWANAN
  • GNEK 1050 – MEMBINA KARISMA
  • GREK 1003 – ASAS SENI LUKIS CAT AIR
  • GREK 1007 – ASAS SENI HALUS
  • GREK 1008 – ASAS SENI TEMBIKAR
  • GREK 1010 – ASAS JAHITAN TRADISIONAL
  • GREK 1011 – PRAKTIK GAMELAN
  • GREK 1015 – PRAKTIK KOMPANG

* SAHABAT SEMUA DIWAJIBKAN MENGAMBIL SUBJEK IXEB3107 KERANA SUBJEK INI HANYA DITAWARKAN PADA SEMESTER 1 SAHAJA

SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN SEGERA.