Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kepada kita nikmat untuk masih lagi kekal dalam iman dan takwa kepadaNya. Syukur juga kita kepadaNya kerana masih lagi memberikan kepada kita umur untuk kita berada dalam bulan Syawal yang mulia ini untuk kita sama-sama raikan dengan semangat muhibbah dan persaudaraan ini.


Alhamdulillah, kita baru sahaja selesai menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan pelbagai amal kebajikan seperti solat terawih, baca al-Quran, zikir, iktikaf, doa dan sebagainya sebagai meraikan kedatangan bulan yang diberkati yang di dalamnya digandakan segala amalan baik. Semoga dengan amalan-amalan yang dilakukan itu dapat memancing rahmat dan redha daripadaNya sebagai bekalan untuk kita bawa mengadap Allah di hari kemudian.


Kini, tiba pula hari raya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita bagi menzahirkan rasa kesyukuran kita di atas kejayaan melawan hawa nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan. Hari kemenangan ini disambut sesuai dengan kembalinya kita kepada fitrah asal setelah menjalani program tarbiah Ramadhan untuk menyucikan roh dan jasad kita sebelum kembali kepada Allah.


Di samping itu, semangat hari raya ini juga menuntut kita untuk saling bermaaf-maafan di antara kita. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Di kesempatan ini juga, kami barisan pimpinan SMPI batch ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga SMPI 05/06. Semoga raya kali ini akan menjadikan kita hamba Allah yang benar-benar suci dan kembali kepada fitrah sebenar kita. Wassalam...