ni semua link portable, jadi x payah install. terus boleh guna je lepas download


- Portable Office Word dan Excel 2003 - ( Download ) - pass : www.dl4all.com
- Portable Nero Lite - ( Download )
- Portable Adobe Photoshop CS3 - ( Download )
- Portable Foxit PDF Reader - ( Download )
- Portable YM 8 - ( Download )
- Portable Download Manager - ( Download )


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kepada kita nikmat untuk masih lagi kekal dalam iman dan takwa kepadaNya. Syukur juga kita kepadaNya kerana masih lagi memberikan kepada kita umur untuk kita berada dalam bulan Syawal yang mulia ini untuk kita sama-sama raikan dengan semangat muhibbah dan persaudaraan ini.


Alhamdulillah, kita baru sahaja selesai menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan pelbagai amal kebajikan seperti solat terawih, baca al-Quran, zikir, iktikaf, doa dan sebagainya sebagai meraikan kedatangan bulan yang diberkati yang di dalamnya digandakan segala amalan baik. Semoga dengan amalan-amalan yang dilakukan itu dapat memancing rahmat dan redha daripadaNya sebagai bekalan untuk kita bawa mengadap Allah di hari kemudian.


Kini, tiba pula hari raya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita bagi menzahirkan rasa kesyukuran kita di atas kejayaan melawan hawa nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan. Hari kemenangan ini disambut sesuai dengan kembalinya kita kepada fitrah asal setelah menjalani program tarbiah Ramadhan untuk menyucikan roh dan jasad kita sebelum kembali kepada Allah.


Di samping itu, semangat hari raya ini juga menuntut kita untuk saling bermaaf-maafan di antara kita. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Di kesempatan ini juga, kami barisan pimpinan SMPI batch ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga SMPI 05/06. Semoga raya kali ini akan menjadikan kita hamba Allah yang benar-benar suci dan kembali kepada fitrah sebenar kita. Wassalam...




Pada tanggal 11 Oktober 2008, bertempat di padang varsiti, di hadapan Fakulti Engine, pihak batch yang diketuai oleh biro kebajikan telah menganjurkan jamuan aidilfitri untuk meraikan hari raya yang sedang disambut oleh sekalian umat Islam pada masa sekarang. Program bermula pada jam 8.30 pagi tetapi disebabkan beberapa masalah, pada jam 9.15 baru majlis dapat dimulakan. Suasana meriah menyelubungi majlis yang dibuat secara sederhana ini. Pengerusi majlis, Pak Lah telah memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah dan diikuti oleh bacaan doa oleh saudara Karim. Kemudian diiringi oleh ucapan oleh pengarah program, TYDP dan YDP dari batch. Selepas selesai ucapan, maka bermula permainan yang dinantikan oleh semua hadirin iaitu kotak beracun. Permainan ini telah diketuai oleh saudara Yi, dengan bantuan Kam selaku koordinator unit multimedia. Pelbagai ragam dapat dilihat daripada permainan ini. Selepas sahaja selesai permainan kotak beracun, majis sambutan hari lahir telah diadakan secara sederhana juga dengan resepsi memotong kek oleh sahabat-sahabat yang dilahirkan pada bulan 10.Disusuli oleh ucapan hari raya dari sahabat-sahabat dan kemuadian jamuan. Itulah serba ringkas perjalanan majlis yang dianjurkan oleh pihak Batch, agar semua yang hadir berpuas hati...

Assalamualaikum...

Sidang redaksi majalah batch akan menerbitkan majalah untuk kenangan kita apabila keluar dari UM nanti. Jadi, lanjutan dari apa yang di beritahu oleh wartawan sidang redaksi pada kelas Penilaian, saudara Adnin Naim, sesiapa yang berminat untuk menghasilkan karya, sebarang genre, adalah dialu-alukan. Karya tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya bulan Januari 2009. Dan kepada semua sahabat juga, hendaklah menyediakan gambar bersaiz passport, sama ada dalam bentuk hard copy atau soft copy. Sebarang masalah boleh berhubung dengan Team Redaksi SMPI 05/06

Hari ni semua sahabat yang mengambil subjek Tekno dalam PI telah belajar membuat blog. Setiap kumpulan diwajibkan untuk membuat satu blog bagi menulis entri yang ustazah tetapkan. Pelajar yang membantu ustazah dalam menyediakan blog adalah Muhammad Kamarul Nizam bin Adam dan Khairul hidayat bin Berahim. Semua sahabat telah membuat blog dengan bersungguh-sungguh dan ingin menghasilkan yang terbaik. Jadi, kepada semua sahabat, boleh la kita semua tukar link untuk saling berhubung antara satu sama lain. Jadi apa yang diajar diharap sedikit sebanyak boleh membantu sahabat-sahabat untuk menghasilkan blog sendiri yang baik. Sekian dari admin, sekiranya ada masalah, boleh hubungi admin untuk maklumat lanjut..

PERUTUSAN YDP SMPI 2005/06 BAGI SESI 2008/09

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji dan puja hanya selayaknya ditujukan kepada Allah, Tuhan sekalian
alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga
baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut jalan kebenaran.

Syukur kita yang tidak terhingga kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk
bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan Bulan Ramadhan pada kali ini. Jika kita
renungkan, sudah ramai sanak-saudara kita, rakan-rakan kita yang telah terlebih dahulu
dijemput mengadap Ilahi sedangkan kita masih lagi diberi peluang untuk menambah
koleksi-koleksi amalan pahala serta menghitung diri sebelum dipanggil mengadapNya.
Justeru, gunakanlah kesempatan ini untuk menilai diri, menambah amal ibadah demi
masa depan kita di sana kelak.


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian..
Kalau sebelum ini, kita hanya berperanan sebagai pendengar ceramah agama,
makmum kepada imam dalam solat. Maka apabila kita keluar daripada Universiti
Malaya, seharusnya kitalah pula yang memegang title sebagai penceramah, imam dalam
solat sesuai dengan tahap kita sebagai guru Pendidikan Islam. Walaupun pada zahirnya
agak berat untuk kita memikul amanah tersebut, namun tidak dapat tidak kitalah
orangnya yang lebih layak. Sesuai dengan ilmu yang ada pada kita kerana kita adalah
pemimpin. Semoga dengan roh Ramadhan pada kali ini, kita memperbaiki azam,
meningkatkan amalan untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini.


Sebagai akhirnya, kami pimpinan-pimpinan Batch SMPI 05/06 menyeru kepada
semua sahabat-sahabat agar kita sama-sama dapat mempertingkatkan lagi amalan kita
bagi merebut ganjaran-ganjaran yang disediakan oleh Allah pada Ramadhan kali ini di
samping bermujahadah melaksanakan tugasan-tugasan kita sebagai pelajar di bumi
Universiti Malaya yang tercinta ini.



Kepada sahabat yang amik i`jaz, di sini disertakan nota i`jaz dari tajuk 1 sampai 10.

Nota I`jaz ( Download )

Kat sini ada Ayat-ayat quran dalam bentuk JPEG. Sesape yang nak boleh sedut kat bawah ni

al-Quran ( Download )


RAMADHAN BULAN AL-QURAN

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia menggantikan puasa sebanyak (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjukNYA dan supaya kamu bersyukur."Surah al-Baqarah: 183 – 185.


Firman ALLAH S.W.T:

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada TUHANmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya serta orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. (Ingatlah), ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." - Surah Ali 'Imran: 133 – 134.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadan. Bulan penuh Rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa pada bulan ini. Dalam tempoh itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia amatlah rugi." - Hadis sahih riwayat al-Nasaai.

Sesiapa yang nak dengar semula dialog SMPI masa kat Balai Ilmu, boleh download ek..

- Dialog ( Download )