Pada tanggal 11 Oktober 2008, bertempat di padang varsiti, di hadapan Fakulti Engine, pihak batch yang diketuai oleh biro kebajikan telah menganjurkan jamuan aidilfitri untuk meraikan hari raya yang sedang disambut oleh sekalian umat Islam pada masa sekarang. Program bermula pada jam 8.30 pagi tetapi disebabkan beberapa masalah, pada jam 9.15 baru majlis dapat dimulakan. Suasana meriah menyelubungi majlis yang dibuat secara sederhana ini. Pengerusi majlis, Pak Lah telah memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah dan diikuti oleh bacaan doa oleh saudara Karim. Kemudian diiringi oleh ucapan oleh pengarah program, TYDP dan YDP dari batch. Selepas selesai ucapan, maka bermula permainan yang dinantikan oleh semua hadirin iaitu kotak beracun. Permainan ini telah diketuai oleh saudara Yi, dengan bantuan Kam selaku koordinator unit multimedia. Pelbagai ragam dapat dilihat daripada permainan ini. Selepas sahaja selesai permainan kotak beracun, majis sambutan hari lahir telah diadakan secara sederhana juga dengan resepsi memotong kek oleh sahabat-sahabat yang dilahirkan pada bulan 10.Disusuli oleh ucapan hari raya dari sahabat-sahabat dan kemuadian jamuan. Itulah serba ringkas perjalanan majlis yang dianjurkan oleh pihak Batch, agar semua yang hadir berpuas hati...
RUANGAN FORUM
Assalamualaikum sahabat. Di sini ada diletakkan ruangan forum. Jadi bolehlah untuk kita sama - sama meriahkan ruangan forum tersebut. Kita sama-sama meriahkan
>> KLIK SINI <<
>> KLIK SINI <<
PENGUMUMAN
KEPADA SEMUA SAHABAT YANG ADA ARTIKEL, JEMPUTAN PERKAHWINAN, ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI BLOG NI, BOLEH EMAIL KE ADMIN. INSYAALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN
EMAIL :
izam_kamarul@hotmail.com
EMAIL :
izam_kamarul@hotmail.com
SELAMAT DATANG
Selamat Datang ke Blog SMPI batch 05/06
LINK PENTING
Labels
- Akhbar (1)
- Kad Kahwin (1)
- PENTING (4)
- Perkahwinan (1)
- UCAPAN RAYA (1)
- Unit Penerbitan dan Multimedia (1)
0 komen:
Catat Ulasan