Assalamualaikum kepada semua sahabat...

Di sini ada berita terbaru tentang refleksi untuk semua sahabat SMPI 05 / 06 yang sedang menjalani Latihan Mengajar.

Refleksi akan dibuat dalam satu kumpulan sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh lihat butir-butir di bawah

Untuk semua sahabat :

Tarikh : 5,6,dan 7 Jun 2009
Tempat : ILIM ( Institut Latihan Islam Malaysia )
Peserta : 160 Orang
Tempat Berkumpul Sebelum Pergi : AI


Info terkini akan menyusul dari semasa ke semasa. Jadi di harap semua sahabat dapat alert kepada semua pengumuman dan sebarkan kepada sahabat yang lain. Ada masalah leh contact Safi atau Kam.

* Dah Buat satu kumpulan je, ni info terbaru. Ada apa2 penambahan akan diberitahu kelak

Asalamualaikum semua sahabat..

Di sini, Ustazah Shamsiah, penyelaras kita semua, memohon berbanyak-banyak kemaafan atas kelewatan mengumumkan tarikh untuk refleksi kerana ada beberapa masalah. InsyaAllah akan diselesaikan secepat mungkin dan diberitahu segera. Kepada semua sahabat, harap bersabar dan selamat menjalani Latihan Mengajar dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

Jom sama-sama kita layari blog pensyarah kita, Dr Muhammad Azhar bin Zailani.

www.drazharum.blogspot

atau klik je sini

>> Blog Dr Azhar <<

Kat sini Admin sediakan list. Boleh download untuk melihat

klik di bawah













klik gambar untuk besarkan










Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu jawapan akhirnya dipersetujui tarikah LM pada 28 Mac 2009. Dimaklumkan Ustaz Ajib tatkala saya masih atas motor. Bengkel hanya akan dibuat sehari seperti yang dicadangkan sebelum ini. Jadual seperti yang dirancangkan sebelum ini iaitu hanya sehari sahaja. Bukan dua.

Tentatif seperti berikut;

28 Mac 2008M / 1 Rabiulakhir 1430H (Sabtu)

07.45 pg - 08.00 pg Pendaftaran peserta.

08.00 pg - 09.00 pg : Majlis perasmian.

Ucapan Aluan.
Oleh: Hasbullah Haji Mohamed.
Pengarah Bengkel.

Ucapan
Oleh: Y.Bhg Prof Madya Dr. Shamsiah Mohamad
Penyelaras Program Pendidikan Islam

Ucapan perasmian
Oleh: Y.Bhg Prof. Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar
Presiden, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia
(MUAFAKAT)

Penyampaian Cenderamata:

09.00 pg – 09.15 pg Rehat / Minum pagi

09.15 pg- 11.00 pg Ceramah I
Tajuk : Menangani Cabaran Melahirkan Graduan Rabbani Era Globalisasi
Oleh : Y.Bhg Prof Dr. Sidek Baba
Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

11.00 pg- 11.15 pg Rehat

11.15 pg- 12.30 tghr Ceramah II
Tajuk : Pendidikan Islam untuk Umat Abad Ke 21
Oleh: Y.Bhg Prof Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar
Presiden, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia
(MUAFAKAT)


12.30 tghr - 01.00 ptg Taklimat LDK
Oleh: Y.Bhg Dr. Zawawi Ismail
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

01.00 ptg - 02.00 ptg Makan tengahari / solat Zohor / Rehat.

02.00 ptg -03.30 ptg Forum Latihan Mengajar
Oleh: Y.Bhg Ustaz Rahimi Saad dan Dr. Zawawi Ismail
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

03.00 ptg - 04.00 ptg Taklimat Pengurusan Latihan Mengajar
Oleh : Y.Bhg Ustaz Rahimi Saad

04.00 ptg - 05.00 ptg LDK dan pembentangan.

05.00 ptg - 05.30 ptg Rehat / solat /minum petang

05.30 ptg - 07.00 ptg Sambungan Pembentangan


sedikit catatan pengarah-

Beberapa kali saya ditanya oleh ketua batch, kadang-kadang bunyinya semacam desakan. Kemudian lepas sorang-sorang aju soalan sedemikian. Lama-lama jadi asakan. Tubi-tubi soalan menyerang. Saya ada sedikit geram. Apa tak, apa kes main tekan-tekan. Ana mana boleh buat sendiri itu keputusan.

Ingat senang nak tekan-tekan orang ada kedudukan? Sudah le saya yang bagi tarikh pada mereka. Bukan mintak tarikh seperti biasanya orang. Macam kita pula yang besar. Nak buat macamana kan.. Banyak kali juga tanya Ustaz Ajib, bagaimana perkembangan? - Ana nak tekan-tekan pun syekh orang besar belake ni.. diorang masa penuh.. sibuk..

Kawan-kawan... agak-agak siapa lebih sibuk? Mereka ke kita... Jika mereka orang besar-besar boleh mudah berkira apa salahnya kita berkorban juga. Untuk kebaikan anda juga. Kami pimpinan hanya sukarela berkorban demi kawan-kawan. Harapnya kita semua sabar dan redha. Ujian belake ni ye..

Solawat...

Sukacita dimaklumkan, kelas Pendidikan Islam Di Malaysia pada hari Jumaat bersamaan 20 Mac 2009 akan diadakan seperti yang tercatat di bawah :


Subjek  :  PIDM
Masa    :  8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat  :  Audi

DAN PERHATIAN UNTUK SEMUA, PADA JAM 11.30 PAGI SEHINGGA 12.30 TENGAHARI, KITA SEMUA AKAN MENDENGAR CERAMAH MOTIVASI DARI PENSYARAH KESAYANGAN KITA, DR. HABIB. JADI DIWAJIBKAN KEPADA SEMUA SAHABAT UNTUK TUNGGU DI AUDI SELEPAS BERAKHIRNYA KELAS PIDM. SEKIAN

Yang Menjalankan Tugas,
Exco Multimedia dan Publisiti SMPI 05/06

Kelas Pendidikan Islam di Malaysia pada 13 Mac 2009adalah seperti berikut

Tempat: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam UM
Masa: 10.00 pagi hingga 01.00 tengahari
Sebab: Ada kelas Hubungan etnik dari 8.00 - 10.00 pagi.

Sekian, terima kasih.