PERHATIAN KEPADA SEMUA SAHABAT, MARA TELAH MENGELUARKAN SATU TAWARAN TEMUDUGA BAGI MENGISI KEKOSONGAN SEBAGAI GURU ATAU PENSYARAH DI SEKOLAH ATAU IPT YANG DIKELOLAKAN OLEH MARA. BAGI SAHABAT YANG INGIN MEMERIKSA SAMA ADA DAPAT ATAU TIDAK TAWARAN TEMUDUGA TERSEBUT, BOLEH KLIK KINK DI BAWAH:

( KLIK SINI - TAWARAN TEMUDUGA MARA )

Assalamualaikum wrbkth.. tahniah buat semua sahabat yang baru sahaja menyelesaikan Latihan Mengajar.. dan bersyukurlah dengan keputusan seadanya. Alhamdulillah pada tahun ini tidak ada yang dapat C. Paling kurang pun B.

Di bawah ini adalah jemputan Majlis Perkahwinan sahabat kita, Nor Hafizah Jalilah Abdul Aziz dengan Pasangannya Mahmud Sabrie Noh.

(klik pada gambar untuk imej lebih besaq)



~kepada sahabat yang ingin iklankan majlis perkahwinan boleh menghubungi admin; Kamarul ataupun Pak Lah..insyaAllah kami cuba membantu.. dengan syarat anda sudah ada gambar yg diperlukan di atas.. jika ingin kami menyediakannya caj dikenakan.. hubungi Kam untuk itu. Terima kasih.

KEPADA SEMUA SAHABAT, DI SINI ADA BEBERAPA PENGUMUMAN DAN DIMINTA SEMUA SAHABAT MEMBERI PERHATIAN DAN SAMPAIKAN KEPADA SAHABAT YANG LAIN :

1 ) GAMBAR YANG SAHABAT BELI DI ILIM SEMASA BENGKEL REFLEKSI, BOLEH DIAMBIL DI PEJABAT SMPI PADA HARI KONVO NANTI.

2 ) PENGISIAN BORANG ONLINE BOLEH DILAKUKAN SEBAIK SAHAJA KITA MENDAPAT KELULUSAN SENAT DALAM TEMPOH LEBIH KURANG 2 MINGGU LAGI. DAN TRANSKRIP JUGA BOLEH DIAMBIL DALAM TEMPOH TU JUGA.

3 ) UNTUK MENGAMBIL JUBAH KONVO NANTI, PASTIKAN SAHABAT SEMUA ADA MEMBAWA RESIT BUKTI PEMBAYARAN YURAN TERMASUK YURAN JUBAH KONVO, DAN RESIT ITU BOLEH DIDAPATI DI BENDAHARI.

4 ) SURAT AKUAN TAMAT BELAJAR BOLEH DIAMBIL DI SKR. TETAPI SAHABAT MESTI MENGISI BORANG DI IJAZAH DASAR DAHULU. SURAT AKAUN TAMAT BELAJAR AKAN DIKELUARKAN SELEPAS 3 HARI BORANG TERSEBUT DIISI.

5 ) UNTUK TEMUDUGA PENEMPATAN, AKAN DIJALANKAN PADA BULAN 10 DAN IA MERANGKUMI SEMUA SAHABAT YANG MENGAMBIL BIASISWA KPM DAN JUGA PINJAMAN PTPTN.

SEKIAN SAHAJA UNTUK WAKTU INI. JIKA ADA SEBARANG MAKLUMAT, ADMIN AKAN SEGERA MEMBERITAHU DENGAN SEGERA

Kepada semua sahabat, di sini ada beberapa pengumuman dan peringatan yang perlu diambil perhatian oleh semua sahabat :

1. BORANG KEHADIRAN LM YANG BEWARNA PINK TU, KENA HANTAR TERUS KE PEJABAT SMPI SELEPAS SAHAJA TAMAT LM.

2. TARIKH UNTUK PENGAMBILAN JUBAH KONVO ADALAH PADA 5 OGOS 2009, BERMULA JAM 8.30 PAGI KE 4.30 PETANG.

3. TARIKH MAJLIS KONVO ADALAH 12 OGOS 2009, SESI PAGI