PUTRAJAYA: Penempatan graduan lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sekolah hanya akan dilakukan berdasarkan kekosongan jawatan dan pengkhususan mereka.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia kerana kementerian terpaksa memberi keutamaan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) lulusan 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

“Sebab itulah, dalam soal penempatan sekolah, keutamaan akan diberikan kepada lulusan KPLI dan jika ada kekosongan baru kita menempatkan graduan lulusan IPTA tetapi ia bergantung kepada kekosongan serta bidang pengkhususan yang diambil ketika di universiti,” katanya kepada media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Kualiti peringkat kementerian di sini, semalam.

Justeru, Mohd Puad berkata, isu penempatan tidak seharusnya timbul kerana proses penempatan semua graduan KPLI dari IPG sudah selesai untuk sesi persekolahan yang bermula Ahad dan Isnin ini.







Jemputan walimatul urus dari

Ahmad Rifaai Husain dan pasangan

tarikh

12 / 12 / 2009

Tempat

Bt 11, Kota Sarang Semut, Kedah. ( Rumah dekat2 dengan Bernas Bukit Besar )

Mai jangan tak mai

Kepada semua sahabat, semakan boleh dibuat di web KPM. Atau sahabat leh klik link di bawah untuk membuat semakan

Link Semakan

Makluman: Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009.

Sekian.

Bahagian Pendidikan Guru

Buat sahabat dan sahabiah SMPi 05/06 yang tidak dijemput ke walimah ana, ampun dan maaf di pinta..

Doakan kebahagian ana dan isteri sehingga ke syurga dan selamat bertemuduga dan dapat posting semuanya..

KEPADA SEMUA SAHABAT YANG ADA MEMOHON TEMUDUGA MARA UNTUK MENJADI GURU @ PENSYARAH, BOLEH LAYARI WEB MARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN ATAU BOLEH KLIK LINK DI BAWAH



Ini adalah ucapan dari Fatah untuk semua sahabat

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...buat rakan SMPI yang diingati. Di hari raya yang mulia ini pasti terkenang gurau senda rakan2 ketika bersama dahulu...alhamdulillah raya tahun ini, memberi seribu satu makna buat saya.Untuk makluman rakan2 saya telah selamat diijab kabulkan pada hari sabtu 26.9.2009 dengan permaisuri hati saya...Norhanan Marzuki. ..Insyaallah kenduri perkahwinan akan diadakan di Kedah pada 5.12.2009..manakala di Selangor awal bln 1, 2010.Jemputan kenduri kepada rakan-rakan,insyaallah akan menyusul kemudian...Diharapkan doa daripada rakan-rakan akan memberikan kebahagian berpanjangan buat kami.. Daripada Mohd Fattahur Rahman dan Isteri tercinta..


UCAPAN 1

salam Iedul fitri diucapkan kepada semua sahabat2 SMPI0506...

Dengan ingatan tulus ikhlas, ingin memohon ampun maaf zahir batin...moga syawal tahun ini memberi sejuta erti kepada semua:)

al-mukhlisatani:- norhafizah md ayob & norwahida kamsani.. (PQ 0506)

UCAPAN 2

Assalamualaikum para sahabat SMPI 0506...

Keberkatan Ramadhan ini menjadikan kita hampir dengan Allah dan Rasul melalui ganjaran kurniaanNya di bulan ini...semoga hari ini, esok, hari raya dan hari-hari mendatang...menjadikan kita lebih hampir dengan Allah dan RasulNya...

Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin buat sahabat semua...semoga berjumpa lagi...

daripada : wan mohd ridhzuan dan isteri tersayang...


UCAPAN 3

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SAHABAT SMPI 05/06

SEMOGA RAMADHAN YANG AKAN BERLALU MENGHADIRKAN SERIBU SATU MANFAAT KEPADA DIRI TIAP MUSLIM DAN MOGA SYAWAL YANG BAKAL MENJELANG, AKAN MENERBITKAN RASA KEINSAFAN KEPADA DIRI. SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARIPADA :
ANTI-SPAM


UCAPAN 4

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT BERIBADAT DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN. HALALKAN MAKAN MINUM DAN TQ FOR EVERYTHING

DARIPADA
: IZA



UCAPAN 5




from: Zul-khairi Mamat


Assalamualaykum WBT…


Selamat Hari Raya untuk semua sahabat SMPI 05/06..semoga dengan berlalunya Ramadhan kita termasuk dalam golongan yang diampunkan dosa olehNya.. (“,)



UCAPAN 6



from : Safi

Assalamualaykum WBT…

“..Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada semua sahabat SMPI 05/06 yang sentiasa dirindui. Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas kesilapan saya samada secara sengaja atau tidak, kesilapan besar atau kecil, sembunyi atau terang-terangan tidak kiralah samada berbentuk perbuatan yang menyakitkan, kata-kata yang mengguris hati, sangkaan yang kurang baik, amanah yang tak tertunai dan sebagainya..maafkan saya ye..

Semoga kawan-kawan semua berbahagia menyambut lebaran di samping keluarga tersayang. Sama-sama kita berdoa agar ukhuwah kita kekal selamanya dan diberi peluang untuk kita bertemu lagi…”

“Terima kasih banyak juga kepada Mr. Admin yg sudi mengepos ucapan ni..”