Kepada sahabat yang masih lagi belum menghantar jadual mengajar, sila hantarkan secepat mungkin ke pejabat.

~ Faks - 0379676169
atau
~ Email pada kak rin di : norazreen@um.edu.my



Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan. Sekian untuk makluman sahabat.

Kepada semua sahabat, anda semua dikehendaki untuk mengesahkan subjek bagi semester khas ini, bermula pada hari ini, 26 Mei sehinggah 27 Mei 2009. Klik link di bawah untuk sahkan subjek. Tetapi sebelum itu, sahabat-sahabat akan diminta untuk mengisi borang kaji selidik UM dulu.

Link : >> SAH SUBJEK <<

Assalamualaikum kepada semua sahabat...

Di sini ada berita terbaru tentang refleksi untuk semua sahabat SMPI 05 / 06 yang sedang menjalani Latihan Mengajar.

Refleksi akan dibuat dalam satu kumpulan sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh lihat butir-butir di bawah

Untuk semua sahabat :

Tarikh : 5,6,dan 7 Jun 2009
Tempat : ILIM ( Institut Latihan Islam Malaysia )
Peserta : 160 Orang
Tempat Berkumpul Sebelum Pergi : AI


Info terkini akan menyusul dari semasa ke semasa. Jadi di harap semua sahabat dapat alert kepada semua pengumuman dan sebarkan kepada sahabat yang lain. Ada masalah leh contact Safi atau Kam.

* Dah Buat satu kumpulan je, ni info terbaru. Ada apa2 penambahan akan diberitahu kelak

Asalamualaikum semua sahabat..

Di sini, Ustazah Shamsiah, penyelaras kita semua, memohon berbanyak-banyak kemaafan atas kelewatan mengumumkan tarikh untuk refleksi kerana ada beberapa masalah. InsyaAllah akan diselesaikan secepat mungkin dan diberitahu segera. Kepada semua sahabat, harap bersabar dan selamat menjalani Latihan Mengajar dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

Jom sama-sama kita layari blog pensyarah kita, Dr Muhammad Azhar bin Zailani.

www.drazharum.blogspot

atau klik je sini

>> Blog Dr Azhar <<