Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu jawapan akhirnya dipersetujui tarikah LM pada 28 Mac 2009. Dimaklumkan Ustaz Ajib tatkala saya masih atas motor. Bengkel hanya akan dibuat sehari seperti yang dicadangkan sebelum ini. Jadual seperti yang dirancangkan sebelum ini iaitu hanya sehari sahaja. Bukan dua.

Tentatif seperti berikut;

28 Mac 2008M / 1 Rabiulakhir 1430H (Sabtu)

07.45 pg - 08.00 pg Pendaftaran peserta.

08.00 pg - 09.00 pg : Majlis perasmian.

Ucapan Aluan.
Oleh: Hasbullah Haji Mohamed.
Pengarah Bengkel.

Ucapan
Oleh: Y.Bhg Prof Madya Dr. Shamsiah Mohamad
Penyelaras Program Pendidikan Islam

Ucapan perasmian
Oleh: Y.Bhg Prof. Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar
Presiden, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia
(MUAFAKAT)

Penyampaian Cenderamata:

09.00 pg – 09.15 pg Rehat / Minum pagi

09.15 pg- 11.00 pg Ceramah I
Tajuk : Menangani Cabaran Melahirkan Graduan Rabbani Era Globalisasi
Oleh : Y.Bhg Prof Dr. Sidek Baba
Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

11.00 pg- 11.15 pg Rehat

11.15 pg- 12.30 tghr Ceramah II
Tajuk : Pendidikan Islam untuk Umat Abad Ke 21
Oleh: Y.Bhg Prof Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar
Presiden, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia
(MUAFAKAT)


12.30 tghr - 01.00 ptg Taklimat LDK
Oleh: Y.Bhg Dr. Zawawi Ismail
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

01.00 ptg - 02.00 ptg Makan tengahari / solat Zohor / Rehat.

02.00 ptg -03.30 ptg Forum Latihan Mengajar
Oleh: Y.Bhg Ustaz Rahimi Saad dan Dr. Zawawi Ismail
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

03.00 ptg - 04.00 ptg Taklimat Pengurusan Latihan Mengajar
Oleh : Y.Bhg Ustaz Rahimi Saad

04.00 ptg - 05.00 ptg LDK dan pembentangan.

05.00 ptg - 05.30 ptg Rehat / solat /minum petang

05.30 ptg - 07.00 ptg Sambungan Pembentangan


sedikit catatan pengarah-

Beberapa kali saya ditanya oleh ketua batch, kadang-kadang bunyinya semacam desakan. Kemudian lepas sorang-sorang aju soalan sedemikian. Lama-lama jadi asakan. Tubi-tubi soalan menyerang. Saya ada sedikit geram. Apa tak, apa kes main tekan-tekan. Ana mana boleh buat sendiri itu keputusan.

Ingat senang nak tekan-tekan orang ada kedudukan? Sudah le saya yang bagi tarikh pada mereka. Bukan mintak tarikh seperti biasanya orang. Macam kita pula yang besar. Nak buat macamana kan.. Banyak kali juga tanya Ustaz Ajib, bagaimana perkembangan? - Ana nak tekan-tekan pun syekh orang besar belake ni.. diorang masa penuh.. sibuk..

Kawan-kawan... agak-agak siapa lebih sibuk? Mereka ke kita... Jika mereka orang besar-besar boleh mudah berkira apa salahnya kita berkorban juga. Untuk kebaikan anda juga. Kami pimpinan hanya sukarela berkorban demi kawan-kawan. Harapnya kita semua sabar dan redha. Ujian belake ni ye..

Solawat...