Kepada semua sahabat, di sini diberikan Nama Kursus dan Kod Subjek untuk perhatian sahabat bagi pendaftaran sem 2 sesi 08/09

SUBJEK WAJIB BAGI SEMUA

+ PENGAJARAN MIKRO BAHASA ARAB ( IXEB 4102)
+ PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA ( IXEB 4105)
+ MIKRO AL-QURAN (IXEB 4105 )
+ KEPIMPINAN DIRI & ORGANISASI ( PDET 4101 )
+ SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN ( PAET 4101 )

+ PILIHAN :
+ SEK BERKESAN DARI PERSPEKTIF ISLAM ( IXEB 4302 )
+ MULTIMEDIA DALAM PEN ISLAM ( IXEB 4301 )

SUBJEK ELEKTIF FAKULTI PENDIDIKAN

+ PENDIDIKAN GLOBAL ( PAEX 2302 )
+ KECERGASAN FIZIKAL ( PDEX 2301 )
+ PEN KANAK2 KEPERLUAN KHAS ( PPEX 2302 )
+ KEM BERFIKIR KREATIF & KRITIS ( PPEX 1302 )

SUBJEK ELEKIF YANG DITAWARKAN DI AI

+ PENGUCAPAN DAKWAH ( IDEU 1303 )
+ KOMUNIKASI MASJID ( IDEU 2310 )
+ MEDIA CETAK DAKWAH ( IDEU 2312 )
+ DAKWAH DAN RETORIK ( IDEU 3315 )
+ FIQH KEPENGGUNAAN ( IFEH 3314 , IFEH 3103 )
+ PRINSIP PENGURUSAN ORGANISASI DR PERSPEKTIF ISLAM ( IPEM 1301 )
+ ASAS PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM ( ( IPEM 1302 )

SUBJEK BAGI PELAJAR PI

+ AL-TAUHID ( IAEU 1104 )
+ AL-NUBUWWAH WAR RISALAH ( IAEU 1105 )
+ FIQH MAWARITH ( IFEH 3104 )
+ TARTIL AL-QURAN ( IQEU 3317 )
+ NAZARIYAH HUKUM ( IXEH 1105 , IFEM 1103 )
+ FIQH AL-IBADAH ( IXEH 2101 )
+ FIQH AL-MUAMALAT ( IXEH 2102 , IFEM 1102 )
+ FIQH AL-USRAH ( IXEH 2104 )
+ FIQH AL-JINAYAT ( IXEH 2105, IFEH 2105, IUEL 2102 )
+ QAWAID TAFSIR ( IXEH 2108, IFEM 2102 )

SUBJEK KO-KURIKULUM YANG DITAWARKAN

+ KHIDMAT KEMASYARAKATAN ( GNEK 1002)
+ BIMBINGAN KERJAYA ( GNEK 1011 )
+ BIMBINGAN RAKAN SEBAYA ( GNEK 1012 )
+ PENERBITAN MAJALAH ( GNEK 1018 )
+ PENGARANGAN LAMAN WEB ( GNEK 1029 )
+ PENGURUSAN ACARA ( GNEK 1033 )
+ PEMUDAHCARA ( GNEK 1034 )
+ ASAS FOTOGRAFI ( GNEK 1043 )
+ ASAS PROTOKOL & IMEJ DIRI ( GNEK 1044 )
+ TEKNIK TEMUDUGA ( GNEK 1045 )
+ KEMAHIRAN BERORGANISASI ( GNEK 1047 )
+ KEUSAHAWANAN ( GNEK 1048 )
+ MEMBINA KARISMA ( GNEK 1050 )

KEPADA SESIAPA YANG MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN PENDAFTARAN SUBJEK, BOLEH HUBUNGI :
- ZULKHAIRI ( 012-9588264 , 013-2966405 )
- SAFINATUN ( 013-2042604 )
- KAM ( 013-7044363 )

SEBARANG MALUMAT TAMBAHAN DAN INFO TERKINI AKAN DISALURKAN KEPADA SEMUA SAHABAT DENGAN SECEPAT MUNGKIN

Assalamualaikum, kepada semua sahabat, InsyaAllah akan diupload jadual waktu sem 2 sesi 2008/09, dan sila ambil perhatian, kepada sesiapa yang ada masalah, boleh contact Zulkhairi, Safinatun atau Kam. Sebarang perubahan dan info terkini akan diberitahu segera.

Assalamualaikum...

Diharap semua sahabat sihat dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Sekarang kita semua berada di tahun akhir, hanya tinggal 1 sem sahaja lagi sebelum kita semua akan melangkah ke alam pekerjaan. Pastinya sahabat tidak sabar menunggu kerana 4 tahun berpenat lelah mengadap buku dan mengulangkaji untuk mendapatkan segulung ijazah. Tapi sekarang, kedengaran cerita, yang ada sahabat-sahabat mula menjalankan misi mencari seseorang untuk dijadikan teman. Betul ke apa yang berlaku? tidak pelik sebenarnya. Ini kerana ia adalah satu metaliti yang telah diterapkan sejak zaman purbakala lagi. Apabila memasuki tahun 4, atau dikenali sebagai tahun akhir, mesti cari jodoh. Penting ke semua ni, atau ia hanya satu momokan yang membelenggu pemikiran terutama sekali di kalangan muslimat. Sebenarnya tidak salah semua ini, yang penting matlamat asal kita semua tidak lari dari mencari ilmu. Ini kerana, tidak mahu ada kejadian di mana ilmu yang dicari tetapi berjumpa dengan cinta. Dengarnya juga ada muslimat yang mula merisik untuk bertanya kepada sahabat muslimin yang masih kosong. Ini peluang baik untuk muslimin bagi menaikkan saham lagi. Tetapi ingat, walau apapun jua, yang penting doa, mohon pada Allah, moga dipermudahkan, dan diberikan pilihan yang terbaik, yang sekufu. InsyaAllah, sahabat lain akan turut sama mendoakan sahabat-sahabat yang sedang mencari. Tidak lupa juga kepada sehabat yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 12, dengarnya ada 2 orang, kami semua selaku sehabat batch 05/06 ingin mengucapkan selamat Pengantin Baru, semoga akan berbahagia...

Kepada semua sahabat, AJK Batch mengucapkan selamat bercuti dan beristirehat selama lebih kurang sebulan. Semoga masa lapang diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Jangan lupa, untuk sentiasa memantau BLOG ini kerana sebarang pemberitahuan akan disebarkn dengan segera di sini. Juga peringatan, 1 Disember adalah tarikh untuk mendaftarkan subjek, diharap semua sahabat dapat mengambil peringatan atas tarikh di atas.

Dari Utusan Malaysia

04/11/2008 3:24pm

PUTRAJAYA 4 Nov. — Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kekosongan 26,000 jawatan perguruan akan tetap diisi pada tahun depan walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang.

Katanya, beliau juga akan memastikan 14 buah sekolah yang sedang dalam pembinaan akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun depan.

“Apa jua usaha dan program untuk mempertingkatkan pendidikan kepada anak bangsa pasti terus dipertahankan dalam apa jua keadaan kerana pendidikan amat penting,” katanya kepada pemberita pada Hari Kualiti Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Pada majlis itu Hishammuddin menyampaikan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran kepada Sekolah Menengah Teknik Taiping di Perak, berupa sijil, trofi dan peruntukan kewangan RM50,000.

Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran pula dimenangi Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Jabatan Pelajaran Kelantan yang membawa pulang sijil, trofi dan peruntukan kewangan RM35,000.

Sepuluh buah sekolah rendah bandar diumumkan pemenang bagi kategori Anugerah Sekolah Cemerlang antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Convent, Ipoh Perak, SK Agama Miri dan Sarawak, SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu manakala kategori sekolah rendah luar bandar pula dimenangi 12 buah sekolah antaranya SK Methodist Parit Buntar, Perak, SK Sri Skudai, Johor dan SK Abang Aing, Sri Aman, Sarawak. - Bernama


Assalamualaikum. Maaf kerana lama tidak update blog ini. Kerana kesuntukan masa dan persiapan untuk peperiksaan. Jadi seluruh jawatankuasa batch mengucapkan selamat berjuang di dalam peperiksaan akhir sem ini. Buat yang terbaik, semoga kejayaan milik bersama..

ni semua link portable, jadi x payah install. terus boleh guna je lepas download


- Portable Office Word dan Excel 2003 - ( Download ) - pass : www.dl4all.com
- Portable Nero Lite - ( Download )
- Portable Adobe Photoshop CS3 - ( Download )
- Portable Foxit PDF Reader - ( Download )
- Portable YM 8 - ( Download )
- Portable Download Manager - ( Download )


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kepada kita nikmat untuk masih lagi kekal dalam iman dan takwa kepadaNya. Syukur juga kita kepadaNya kerana masih lagi memberikan kepada kita umur untuk kita berada dalam bulan Syawal yang mulia ini untuk kita sama-sama raikan dengan semangat muhibbah dan persaudaraan ini.


Alhamdulillah, kita baru sahaja selesai menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan pelbagai amal kebajikan seperti solat terawih, baca al-Quran, zikir, iktikaf, doa dan sebagainya sebagai meraikan kedatangan bulan yang diberkati yang di dalamnya digandakan segala amalan baik. Semoga dengan amalan-amalan yang dilakukan itu dapat memancing rahmat dan redha daripadaNya sebagai bekalan untuk kita bawa mengadap Allah di hari kemudian.


Kini, tiba pula hari raya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita bagi menzahirkan rasa kesyukuran kita di atas kejayaan melawan hawa nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan. Hari kemenangan ini disambut sesuai dengan kembalinya kita kepada fitrah asal setelah menjalani program tarbiah Ramadhan untuk menyucikan roh dan jasad kita sebelum kembali kepada Allah.


Di samping itu, semangat hari raya ini juga menuntut kita untuk saling bermaaf-maafan di antara kita. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Di kesempatan ini juga, kami barisan pimpinan SMPI batch ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga SMPI 05/06. Semoga raya kali ini akan menjadikan kita hamba Allah yang benar-benar suci dan kembali kepada fitrah sebenar kita. Wassalam...




Pada tanggal 11 Oktober 2008, bertempat di padang varsiti, di hadapan Fakulti Engine, pihak batch yang diketuai oleh biro kebajikan telah menganjurkan jamuan aidilfitri untuk meraikan hari raya yang sedang disambut oleh sekalian umat Islam pada masa sekarang. Program bermula pada jam 8.30 pagi tetapi disebabkan beberapa masalah, pada jam 9.15 baru majlis dapat dimulakan. Suasana meriah menyelubungi majlis yang dibuat secara sederhana ini. Pengerusi majlis, Pak Lah telah memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah dan diikuti oleh bacaan doa oleh saudara Karim. Kemudian diiringi oleh ucapan oleh pengarah program, TYDP dan YDP dari batch. Selepas selesai ucapan, maka bermula permainan yang dinantikan oleh semua hadirin iaitu kotak beracun. Permainan ini telah diketuai oleh saudara Yi, dengan bantuan Kam selaku koordinator unit multimedia. Pelbagai ragam dapat dilihat daripada permainan ini. Selepas sahaja selesai permainan kotak beracun, majis sambutan hari lahir telah diadakan secara sederhana juga dengan resepsi memotong kek oleh sahabat-sahabat yang dilahirkan pada bulan 10.Disusuli oleh ucapan hari raya dari sahabat-sahabat dan kemuadian jamuan. Itulah serba ringkas perjalanan majlis yang dianjurkan oleh pihak Batch, agar semua yang hadir berpuas hati...

Assalamualaikum...

Sidang redaksi majalah batch akan menerbitkan majalah untuk kenangan kita apabila keluar dari UM nanti. Jadi, lanjutan dari apa yang di beritahu oleh wartawan sidang redaksi pada kelas Penilaian, saudara Adnin Naim, sesiapa yang berminat untuk menghasilkan karya, sebarang genre, adalah dialu-alukan. Karya tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya bulan Januari 2009. Dan kepada semua sahabat juga, hendaklah menyediakan gambar bersaiz passport, sama ada dalam bentuk hard copy atau soft copy. Sebarang masalah boleh berhubung dengan Team Redaksi SMPI 05/06

Hari ni semua sahabat yang mengambil subjek Tekno dalam PI telah belajar membuat blog. Setiap kumpulan diwajibkan untuk membuat satu blog bagi menulis entri yang ustazah tetapkan. Pelajar yang membantu ustazah dalam menyediakan blog adalah Muhammad Kamarul Nizam bin Adam dan Khairul hidayat bin Berahim. Semua sahabat telah membuat blog dengan bersungguh-sungguh dan ingin menghasilkan yang terbaik. Jadi, kepada semua sahabat, boleh la kita semua tukar link untuk saling berhubung antara satu sama lain. Jadi apa yang diajar diharap sedikit sebanyak boleh membantu sahabat-sahabat untuk menghasilkan blog sendiri yang baik. Sekian dari admin, sekiranya ada masalah, boleh hubungi admin untuk maklumat lanjut..

PERUTUSAN YDP SMPI 2005/06 BAGI SESI 2008/09

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji dan puja hanya selayaknya ditujukan kepada Allah, Tuhan sekalian
alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga
baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut jalan kebenaran.

Syukur kita yang tidak terhingga kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk
bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan Bulan Ramadhan pada kali ini. Jika kita
renungkan, sudah ramai sanak-saudara kita, rakan-rakan kita yang telah terlebih dahulu
dijemput mengadap Ilahi sedangkan kita masih lagi diberi peluang untuk menambah
koleksi-koleksi amalan pahala serta menghitung diri sebelum dipanggil mengadapNya.
Justeru, gunakanlah kesempatan ini untuk menilai diri, menambah amal ibadah demi
masa depan kita di sana kelak.


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian..
Kalau sebelum ini, kita hanya berperanan sebagai pendengar ceramah agama,
makmum kepada imam dalam solat. Maka apabila kita keluar daripada Universiti
Malaya, seharusnya kitalah pula yang memegang title sebagai penceramah, imam dalam
solat sesuai dengan tahap kita sebagai guru Pendidikan Islam. Walaupun pada zahirnya
agak berat untuk kita memikul amanah tersebut, namun tidak dapat tidak kitalah
orangnya yang lebih layak. Sesuai dengan ilmu yang ada pada kita kerana kita adalah
pemimpin. Semoga dengan roh Ramadhan pada kali ini, kita memperbaiki azam,
meningkatkan amalan untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini.


Sebagai akhirnya, kami pimpinan-pimpinan Batch SMPI 05/06 menyeru kepada
semua sahabat-sahabat agar kita sama-sama dapat mempertingkatkan lagi amalan kita
bagi merebut ganjaran-ganjaran yang disediakan oleh Allah pada Ramadhan kali ini di
samping bermujahadah melaksanakan tugasan-tugasan kita sebagai pelajar di bumi
Universiti Malaya yang tercinta ini.



Kepada sahabat yang amik i`jaz, di sini disertakan nota i`jaz dari tajuk 1 sampai 10.

Nota I`jaz ( Download )

Kat sini ada Ayat-ayat quran dalam bentuk JPEG. Sesape yang nak boleh sedut kat bawah ni

al-Quran ( Download )


RAMADHAN BULAN AL-QURAN

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia menggantikan puasa sebanyak (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjukNYA dan supaya kamu bersyukur."Surah al-Baqarah: 183 – 185.


Firman ALLAH S.W.T:

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada TUHANmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya serta orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. (Ingatlah), ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." - Surah Ali 'Imran: 133 – 134.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadan. Bulan penuh Rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa pada bulan ini. Dalam tempoh itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia amatlah rugi." - Hadis sahih riwayat al-Nasaai.

Sesiapa yang nak dengar semula dialog SMPI masa kat Balai Ilmu, boleh download ek..

- Dialog ( Download )

Kat sini ada diletakkan link untuk GEEKZ REMOVER, satu perisian antivirus yang boleh dikatakan cukup kuat untuk memerangi virus. Kepada sesiapa yang berminat, boleh download

- Geekz Remover 4.1 Portable ( Download )

Assalamualaikum...

Kepada semua sahabat semua, Biro Penerbitan dan Multimedia akan menerbitkan MAJALAH BATCH, untuk kenangan kita semua apabila tamat belajar kelak. Jadi, dengan ini, akan diwujudkan sidang redaksi untuk penerbitan majalah ini, dan akan diumumkan selewat-lewatnya selepas naik cuti pertengahan semester nanti. Jadi kepada semua sahabat yang ingin membuat karya sama ada crpen, sajak, puisi atau lain2 lagi, boleh lah memulakan karya anda sekarang untuk dihantar kepada sidang redaksi apabila kerja sudah dimulakan. Diharap semua sahabat dapat memberikan komitmen untuk menghasilkan majalah yang sempurna dan baik. Sekian, wassalam...

Kepada semua sahabat-sahabat, organisasi batch kita telah diedarkan semasa kelas Penilaian Bahasa Arab pagi tadi. Tetapi di sini Admin akan meletakkan juga senarai penuh Kabinet bagi SMPI Batch 2005/2006

YDP : Mohd. Zulkhairi bin Mamat
TYDP : Siti Safinatun bte Siher
Setiausaha : Jasminah bte Jimin
Bendahari : Fadli bin Sahari
: Noor Shafieda bte Ghazali


Barisan Exco

Biro Penerbitan dan Multimedia

- Muhammad Kamarul Nizam bin Adam
- Ernita bte Majok

Biro Disiplin dan Kerohanian

- Mohd Hidayat bin Berahim
- Noor Amila bte Othman

Biro Akademik dan Intelektual

- Hasbullah bin Hj Mohamad
- Nor Wahida bte Kamsani

Biro Kebajikan dan Perpaduan

- Mohd Redwan bin Ismail
- Nor Diyana bte Othman

Biro Tugas-Tugas Khas

- Najihah bte Nazaruddin

Kat sini admin ada letak software untuk didownload. Jadi sahabat-sahabat boleh gunakan untuk kemudahan...

- Jawi Multikey - ( Download )
- Quran in Word - ( Download )

Assalamualaikum kepada semua Admin ucapkan

Sekarang dah masuk minggu ke 4 kuliah di UM. Pejam celik pejam celik, kita semua sudah berada di tahun akhir. Jadi gunakanlah kesempatan masa yang ada ni untuk kita semua menambah ilmu baik di dalam bilik kuliah atau di luar. Tidak lama lagi kita semua akan melangkah ke alam pekerjaan, dan itulah sebenarnya peperiksaan sebenar kita semua setelah berhempas pulas menimba ilmu di UM ini. Admin meminta maaf sebenarnya kerana lama tidak dapat membuat posting di blog, kerana agak sibuk dengan urusan lain. Tetapi kebajikan sahabat-sahabat semua, admin dan AJK Batch tetap jaga. Banyak perkara yang berlaku di dalam tempoh masa yang kita sama-sama lalui bersama. Ada yang sedih, menggembirakan, sdih dan sebagainya. Namun kita sebagai hamba-Nya hendaklah pasrah dan berusaha yang terbaik dalam melaksanakan perintah-Nya.

Tidak lama lagi senarai penuh ahli jawatankuasa batch akan diumumkan, jadi sahabat-sahabat semua boleh berinteraksi dengan semua exco dan majlis tertinggi andai memerlukan sebarang bantuan. Admin dan semua AJK akan cube memberi apa yang termampu untuk memastikan SMPI akan gah di seantero UM dan Malaysia.

Program-program juga akan dijalankan untuk memastikan kita semua akan dapat merapatkan ukhwah dan kita dapat sama-sama bekerja dalam satu team agar menjadi satu pengalaman atau ilmu apabila kita semua tamat dari pengajian. Program terawal yang diadakan adalah HARI SUKAN pada 3 Ogos bertempat di hadapan Fak Law. Harap semua sahabat-sahabat dapat memberi komitmen untuk program ini...

Salam takziah diucapkan kepada sahabat kita semua, Mohd. Shahidan bin Ramli, yang telah kehilangan ayahnya, Encik Ramli yang telah meninggal dunia pada hari Isnin, 21 Julai 2008 kerana sakit. Sama-sama kita semua mendoakan saudara Shahidan semoga bersabar dan tenang dalam menghadapi ujian yang melanda. Al-Fatihah untuk arwah ayah Idan....

Alhamdulillah, setelah lama xdapat post kat bloh SMPI ni, akhirnya dapat juga Admin meluangkan masa, setelah lebih kurang dua minggu bersama dengan Jawatankuasa Batch bertungkus-lumus menyelesaikan segala masalah berkaitan subjek sahabat-sahabat sekalian. Jadi sekarang hampir 99% masalah yang dihadapi selama 2 minggu ni telah disetelkan dan sahabat-sahabat dapat menumpukan perhatian kepada studi. Cuma nanti jangn lupa untuk sahkan subjek!! Nanti x pasal-pasal duit melayang sebab lupa nak sahkan subjek. Terima kasih juga kepada semua sahabat yang banyak memberi kerjasama selama masalah yang timbul dalam minggu add drop ni. Semoga ukhwah kita semua akan terus bercambah dan bertambah erat. Sekarang kita semua boleh pk ape plak program yang hendak dibuat masa kita semua dah di tahun akhir. Jadi, rajin-rajin la ek layari blog ini, sebarang pengumuman akan diberitahu kelak...

Dari Admin.....

Ustazah dicekup berkhalwat


CHERAS: Mengaibkan apabila seorang ustazah yang bakal dilantik sebagai pengetua sekolah, dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berkhalwat di sebuah kondominium mewah, Sabtu lalu.

Ustazah terbabit yang dipercayai berusia lingkungan 40-an, ditahan bersama pasangannya yang juga warga pendidik, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan sebelum diserbu, pasangan terbabit dikatakan berkurung dalam unit kediaman di Kondo Vista, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, pada jam 3 pagi, sekali gus menimbulkan syak.

Malah mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk mengesahkan hubungan suami isteri atau pasangan mahram ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa yang melakukan serbuan.



Lebih mengejutkan, lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50-an, seorang ketua jabatan di sebuah institusi latihan terkenal.

Ustazah terbabit dikatakan bertugas di sebuah sekolah di Semenyih dan baru selesai mengikuti kursus sebelum memulakan tugas baru sebagai pengetua sekolah.

Sumber yang enggan dikenali turut mendakwa, pasangan terbabit dikatakan kerap dilihat bersama dan beberapa kali hampir dicekup pihak berkuasa, tetapi nasib sering menyebelahi mereka menyebabkan sentiasa terlepas daripada ditangkap basah.

Sementara itu, jurucakap Jawi ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan pasangan terbabit tetapi enggan mengulas lanjut dengan alasan siasatan sedang dijalankan.

“Pasangan yang ditahan adalah warga pendidik, namun butiran peribadi serta sekolah tempat mereka mengajar terpaksa dirahsiakan,” katanya.


Jadikan berita di atas sebagai pedoman dan tauladan untuk kita semua sebagai bakal pendidik... jangan cemarkan nama baik pendidik dengan perbuatan yang tidak sepatutnya

Kepada semua sahabat-sahabat yang ada masalah tentang pendaftaran, diharap dapat bersabar kerana pihak jawatankuasa batch sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera. Terdapat beberapa masalah berkaitan telah diselesaikan dan InsyaAllah, minggu hadapan kami akan menyelesaikan semua masalah pendaftaran. Kesulitan yang dialami waktu sekarang ini adalah disebabkan masalah pengurusan, tetapi jawatankuasa batch akan berusaha menyelesaikannya. Jadi dari semasa ke semasa sila rujuk blog ini. Sekian dari Admin.......



Di sini Admin telah Upload jadual seperti yang diedarkan dalam kelas penilaian. Jadi sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan secepat mungkin dalam blog ini. Diharap semua sahabat akan sentiasa melawat blog ini dari semasa ke semasa. Sebarang maklumat akan dimaklumkan....

Assalamualaikum....
Selamat kembali ke kampus buat sahabat-sahabat SMPI 0506, semoga kedatangan semester baru ini akan memberi semangat yang baru kepada semua. Terima kasih kepada semua kerana sudi melayari blog untuk SMPI ini, disamping dapat berbual di laman chatting. Diharapkan agar perhubungan yang telah terjalin akan sentiasa kekal hingga ke akhir hayat. Andai ada sebarang masalah atau cadangan berhubung dengan SMPI batch kita, boleh la ditulis ke dalam blog ini, sama ada di dalam forum atau bagi komen je. Dan blog ini akan sentiasa diupdate untuk terus menyampaikan maklumat kepada semua sahabat. Diharap semua sahabat akan terus menyokong blog SMPI ini. Setakat ini sahaja dari Admin, renung-renungkan dan selamat beramal...
Wassalam

PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 30 sekolah lagi daripada pelbagai aliran telah dipilih bagi disenaraikan sebagai sekolah kluster, menjadikan keseluruhannya sebanyak 60 sekolah sejak ia diperkenalkan pada Mac tahun lalu.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah sekolah kluster akan bertambah setiap tahun sehingga mencapai sasaran 300 sekolah kluster pada 2010.

Beliau berkata, sekolah-sekolah kluster fasa kedua itu turut layak memohon peruntukan khas berjumlah sehingga RM500,000 untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah ditentukan.

''Sehingga April 2008, sebahagian peruntukan telah disalurkan kepada 30 sekolah kluster bagi fasa pertama manakala baki peruntukan akan diturunkan berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa setiap sekolah.

''Peruntukan untuk sekolah kluster fasa kedua pula akan diturunkan selepas permohonan sekolah-sekolah tersebut diluluskan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Panel Penasihat Sekolah Kluster di kementeriannya di sini hari ini.

Pelaksanaan sekolah kluster adalah salah satu fokus utama yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.

Menurut Hishammuddin, pada masa yang sama kementerian akan menilai dan meneliti 75 perakuan dan cadangan yang dikemukakan panel penasihat bagi menambah baik dan memperkukuhkan pengurusan serta pentadbiran sekolah kluster di seluruh negara.

''Perakuan dan cadangan ini diperoleh panel penasihat hasil daripada lawatan ke sekolah kluster, perbincangan bersama pemimpin sekolah kluster, serta lawatan ke beberapa buah negara yang melaksanakan konsep mirip sekolah kluster di negara ini.

''Perakuan dan cadangan itu boleh dijadikan panduan kepada pengetua dan gurubesar sekolah kluster serta pegawai di kementerian dalam menjayakan pelaksanaan sekolah kluster ini," katanya.

Beliau berkata, perakuan tersebut juga melibatkan beberapa aspek dan bidang utama termasuk pengurusan am kementerian, kepimpinan dan pengurusan, pengurusan sekolah, guru sekolah kluster, kurikulum, hal ehwal murid dan bidang kebitaraan (niche area).

Selain itu, katanya, ia turut membabitkan prasarana dan iklim sekolah, penglibatan ibu bapa dan masyarakat, jaringan, penaksiran dan pemantauan.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, selaras dengan usaha memartabatkan profesion keguruan di negara ini, Jemaah Menteri telah meluluskan pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 bagi mengemaskinikan bidang kuasa dan keupayaan kementerian melahirkan pendidik yang berkualiti, cemerlang dan berkebolehan.

''Rang undang-undang ini akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang untuk dibahaskan.

''Antara tumpuan usaha ini adalah menaiktaraf maktab perguruan di seluruh negara kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)," katanya

- Utusan Malaysia -

Kepada semua sahabat, di sini dilampirkan cadangan subjek yang perlu diambil untuk semester 1 sesi 2008/2009. Diharap dapat membantu sahabat sekalian. Jika ada masalah, boleh tulis komen, dan InsyaAllah akan diselesaikan dengan segera...

KURSUS TERAS PENDIDIKAN ISLAM

  • IXEU 2107- MADKHAL TAFSIR
  • IXEB 2108- FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
  • ISEU 3310- HISTORIOGAFI ISLAM
  • IQEU 3317- TARTIL AL-QURAN
  • IXEB 3107- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
  • IXEB 2107- TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM

KURSUS PENGKHUSUSAN PQ

  • IXEB 3201- TAFSIR 2
  • IQEU 3104- I’JAZ AL QURAN

KURSUS KAEDAH KEDUA

  • IXEB 4101- PENILAIAN DLM PEND BHS ARAB
  • IXEB 4102- PENGAJARAN MICRO BHS ARAB

ELEKTIF LUAR ( FAK. PENDIDIKAN )

  • PAEX 2301- PERANAN SEKOLAH DAN MASYRAKAT DALAM PENDIDIKAN MORAL
  • PPEX 2302- PEND AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
  • PSEX 1301- NILAI, ETIKA DAN MASYARAKAT

KURSUS KAEDAH PERTAMA ( UNTUK PI)

  • IXEB 2106 – PENGAJARAN MIKRO ( PEND ISLAM )
  • IXEB 2109 – METOD PENGAJARAN AKHLAK
  • IXEB 3108 – METOD PENGAJARAN FIQH

KURSUS PENGKHUSUSAN PI

  • IXEH 2101 – FIQH IBADAT
  • IXEH 2102 – FIQH MUAMALAT
  • IXEH 2104 – FIQH USRAH
  • IXEH 2105 – FIQH JINAYAT
  • IXEH 2108 – QAWAID TAFSIR
  • IFEH 3104 – FIQH MAWARITH

KOKURIKULUM

  • GNEK 1002 – KHIDMAT MASYARAKAT
  • GNEK 1011 – BIMBINGAN KERJAYA
  • GNEK 1012 – BIMBINGAN RAKAN SEBAYA
  • GNEK 1018 – PENERBITAN MAJALAH ( BI )
  • GNEK 1029 – PENGARANGAN LAMAN WEB
  • GNEK 1033 – PENGURUSAN ACARA
  • GNEK 1034 – PEMUDAHCARA ( FASILITATOR)
  • GNEK 1043 – ASAS FOTOGRAFI
  • GNEK 1044 – ASAS PROTOKOL DAN IMEJ DIRI
  • GNEK 1045 – TEKNIK TEMUDUGA
  • GNEK 1047 - KEMAHIRAN BERORGANISASI
  • GNEK 1048 – KEUSAHAWANAN
  • GNEK 1050 – MEMBINA KARISMA
  • GREK 1003 – ASAS SENI LUKIS CAT AIR
  • GREK 1007 – ASAS SENI HALUS
  • GREK 1008 – ASAS SENI TEMBIKAR
  • GREK 1010 – ASAS JAHITAN TRADISIONAL
  • GREK 1011 – PRAKTIK GAMELAN
  • GREK 1015 – PRAKTIK KOMPANG

* SAHABAT SEMUA DIWAJIBKAN MENGAMBIL SUBJEK IXEB3107 KERANA SUBJEK INI HANYA DITAWARKAN PADA SEMESTER 1 SAHAJA

SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN SEGERA.

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."

Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan. Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan.

Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya, sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih Amalan harian:
4)Sentiasa membaca Al-Quran
5)Memelihara solat terutama solat fardu
6)Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
7)Membaca tasbih
8)Membanyakkan sedekah
9)Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:

1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.

Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya."

Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun." Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati.

Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut."
SEKADAR RENUNGAN UNTUK SEMUA....



Ni ada gambar yang menunjukkan seorang artis memakai rantai seperti salib. Cuba kita lihat sama-sama betul atau x itu adalah lambang salib. Ramai yang membuat andaian, dan bermacam-macam andaian yang ada. Kita x tahu sama ada itu apa sebenarnya, yang penting kita sebagai umat Islam, mesti berhati-hati dengan apa jua yang dilakukan, lebih-lebih lagi yang melibatkan akidah. Jadi sama-sama kita renungkan...



Alhamdulillah, peralihan kuasa dari kepimpinan lama trelah berjalan dengan teratur dan baik tanpa ada sebarang masalah. Tahniah kepada pimpinan sesi 07/08 yang diketuai oleh saudara Nik Afendi kerana berjaya menggerakkan SMPI ke satu tahap yang baru. Diharap dengan kepimpinan baru dibawah seliaan saudara Zulkhairi, SMPI akan dapat meneruskan tradisi kecemerlangan yang telah dibawa oleh pimpinan lepas. Untuk semua barisan kepimpinan baru, jalankan tugas dengan elok, beretika dan amanah. Selamat bercuti untuk semua

Assalamualaikum kepada semua sahabat...

Diharap dengan adanya blog ini, yang dicipta khas untuk warga SMPI 05/06 khususnya, dapat kita gunakan bersama untuk menyampaikan maklumat atau apa-apa sahaja perbincangan ilmiah untuk kita kongsi bersama.