Assalamualaikum...

Diharap semua sahabat sihat dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Sekarang kita semua berada di tahun akhir, hanya tinggal 1 sem sahaja lagi sebelum kita semua akan melangkah ke alam pekerjaan. Pastinya sahabat tidak sabar menunggu kerana 4 tahun berpenat lelah mengadap buku dan mengulangkaji untuk mendapatkan segulung ijazah. Tapi sekarang, kedengaran cerita, yang ada sahabat-sahabat mula menjalankan misi mencari seseorang untuk dijadikan teman. Betul ke apa yang berlaku? tidak pelik sebenarnya. Ini kerana ia adalah satu metaliti yang telah diterapkan sejak zaman purbakala lagi. Apabila memasuki tahun 4, atau dikenali sebagai tahun akhir, mesti cari jodoh. Penting ke semua ni, atau ia hanya satu momokan yang membelenggu pemikiran terutama sekali di kalangan muslimat. Sebenarnya tidak salah semua ini, yang penting matlamat asal kita semua tidak lari dari mencari ilmu. Ini kerana, tidak mahu ada kejadian di mana ilmu yang dicari tetapi berjumpa dengan cinta. Dengarnya juga ada muslimat yang mula merisik untuk bertanya kepada sahabat muslimin yang masih kosong. Ini peluang baik untuk muslimin bagi menaikkan saham lagi. Tetapi ingat, walau apapun jua, yang penting doa, mohon pada Allah, moga dipermudahkan, dan diberikan pilihan yang terbaik, yang sekufu. InsyaAllah, sahabat lain akan turut sama mendoakan sahabat-sahabat yang sedang mencari. Tidak lupa juga kepada sehabat yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 12, dengarnya ada 2 orang, kami semua selaku sehabat batch 05/06 ingin mengucapkan selamat Pengantin Baru, semoga akan berbahagia...