PERUTUSAN YDP SMPI 2005/06 BAGI SESI 2008/09

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji dan puja hanya selayaknya ditujukan kepada Allah, Tuhan sekalian
alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga
baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut jalan kebenaran.

Syukur kita yang tidak terhingga kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk
bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan Bulan Ramadhan pada kali ini. Jika kita
renungkan, sudah ramai sanak-saudara kita, rakan-rakan kita yang telah terlebih dahulu
dijemput mengadap Ilahi sedangkan kita masih lagi diberi peluang untuk menambah
koleksi-koleksi amalan pahala serta menghitung diri sebelum dipanggil mengadapNya.
Justeru, gunakanlah kesempatan ini untuk menilai diri, menambah amal ibadah demi
masa depan kita di sana kelak.


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian..
Kalau sebelum ini, kita hanya berperanan sebagai pendengar ceramah agama,
makmum kepada imam dalam solat. Maka apabila kita keluar daripada Universiti
Malaya, seharusnya kitalah pula yang memegang title sebagai penceramah, imam dalam
solat sesuai dengan tahap kita sebagai guru Pendidikan Islam. Walaupun pada zahirnya
agak berat untuk kita memikul amanah tersebut, namun tidak dapat tidak kitalah
orangnya yang lebih layak. Sesuai dengan ilmu yang ada pada kita kerana kita adalah
pemimpin. Semoga dengan roh Ramadhan pada kali ini, kita memperbaiki azam,
meningkatkan amalan untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini.


Sebagai akhirnya, kami pimpinan-pimpinan Batch SMPI 05/06 menyeru kepada
semua sahabat-sahabat agar kita sama-sama dapat mempertingkatkan lagi amalan kita
bagi merebut ganjaran-ganjaran yang disediakan oleh Allah pada Ramadhan kali ini di
samping bermujahadah melaksanakan tugasan-tugasan kita sebagai pelajar di bumi
Universiti Malaya yang tercinta ini.