Assalamualaikum...

Sidang redaksi majalah batch akan menerbitkan majalah untuk kenangan kita apabila keluar dari UM nanti. Jadi, lanjutan dari apa yang di beritahu oleh wartawan sidang redaksi pada kelas Penilaian, saudara Adnin Naim, sesiapa yang berminat untuk menghasilkan karya, sebarang genre, adalah dialu-alukan. Karya tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya bulan Januari 2009. Dan kepada semua sahabat juga, hendaklah menyediakan gambar bersaiz passport, sama ada dalam bentuk hard copy atau soft copy. Sebarang masalah boleh berhubung dengan Team Redaksi SMPI 05/06

Hari ni semua sahabat yang mengambil subjek Tekno dalam PI telah belajar membuat blog. Setiap kumpulan diwajibkan untuk membuat satu blog bagi menulis entri yang ustazah tetapkan. Pelajar yang membantu ustazah dalam menyediakan blog adalah Muhammad Kamarul Nizam bin Adam dan Khairul hidayat bin Berahim. Semua sahabat telah membuat blog dengan bersungguh-sungguh dan ingin menghasilkan yang terbaik. Jadi, kepada semua sahabat, boleh la kita semua tukar link untuk saling berhubung antara satu sama lain. Jadi apa yang diajar diharap sedikit sebanyak boleh membantu sahabat-sahabat untuk menghasilkan blog sendiri yang baik. Sekian dari admin, sekiranya ada masalah, boleh hubungi admin untuk maklumat lanjut..

PERUTUSAN YDP SMPI 2005/06 BAGI SESI 2008/09

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji dan puja hanya selayaknya ditujukan kepada Allah, Tuhan sekalian
alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga
baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut jalan kebenaran.

Syukur kita yang tidak terhingga kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk
bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan Bulan Ramadhan pada kali ini. Jika kita
renungkan, sudah ramai sanak-saudara kita, rakan-rakan kita yang telah terlebih dahulu
dijemput mengadap Ilahi sedangkan kita masih lagi diberi peluang untuk menambah
koleksi-koleksi amalan pahala serta menghitung diri sebelum dipanggil mengadapNya.
Justeru, gunakanlah kesempatan ini untuk menilai diri, menambah amal ibadah demi
masa depan kita di sana kelak.


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian..
Kalau sebelum ini, kita hanya berperanan sebagai pendengar ceramah agama,
makmum kepada imam dalam solat. Maka apabila kita keluar daripada Universiti
Malaya, seharusnya kitalah pula yang memegang title sebagai penceramah, imam dalam
solat sesuai dengan tahap kita sebagai guru Pendidikan Islam. Walaupun pada zahirnya
agak berat untuk kita memikul amanah tersebut, namun tidak dapat tidak kitalah
orangnya yang lebih layak. Sesuai dengan ilmu yang ada pada kita kerana kita adalah
pemimpin. Semoga dengan roh Ramadhan pada kali ini, kita memperbaiki azam,
meningkatkan amalan untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini.


Sebagai akhirnya, kami pimpinan-pimpinan Batch SMPI 05/06 menyeru kepada
semua sahabat-sahabat agar kita sama-sama dapat mempertingkatkan lagi amalan kita
bagi merebut ganjaran-ganjaran yang disediakan oleh Allah pada Ramadhan kali ini di
samping bermujahadah melaksanakan tugasan-tugasan kita sebagai pelajar di bumi
Universiti Malaya yang tercinta ini.