RAMADHAN BULAN AL-QURAN

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia menggantikan puasa sebanyak (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjukNYA dan supaya kamu bersyukur."Surah al-Baqarah: 183 – 185.


Firman ALLAH S.W.T:

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada TUHANmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya serta orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. (Ingatlah), ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." - Surah Ali 'Imran: 133 – 134.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadan. Bulan penuh Rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa pada bulan ini. Dalam tempoh itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia amatlah rugi." - Hadis sahih riwayat al-Nasaai.