Salam takziah diucapkan kepada sahabat kita semua, Mohd. Shahidan bin Ramli, yang telah kehilangan ayahnya, Encik Ramli yang telah meninggal dunia pada hari Isnin, 21 Julai 2008 kerana sakit. Sama-sama kita semua mendoakan saudara Shahidan semoga bersabar dan tenang dalam menghadapi ujian yang melanda. Al-Fatihah untuk arwah ayah Idan....

Alhamdulillah, setelah lama xdapat post kat bloh SMPI ni, akhirnya dapat juga Admin meluangkan masa, setelah lebih kurang dua minggu bersama dengan Jawatankuasa Batch bertungkus-lumus menyelesaikan segala masalah berkaitan subjek sahabat-sahabat sekalian. Jadi sekarang hampir 99% masalah yang dihadapi selama 2 minggu ni telah disetelkan dan sahabat-sahabat dapat menumpukan perhatian kepada studi. Cuma nanti jangn lupa untuk sahkan subjek!! Nanti x pasal-pasal duit melayang sebab lupa nak sahkan subjek. Terima kasih juga kepada semua sahabat yang banyak memberi kerjasama selama masalah yang timbul dalam minggu add drop ni. Semoga ukhwah kita semua akan terus bercambah dan bertambah erat. Sekarang kita semua boleh pk ape plak program yang hendak dibuat masa kita semua dah di tahun akhir. Jadi, rajin-rajin la ek layari blog ini, sebarang pengumuman akan diberitahu kelak...

Dari Admin.....

Ustazah dicekup berkhalwat


CHERAS: Mengaibkan apabila seorang ustazah yang bakal dilantik sebagai pengetua sekolah, dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berkhalwat di sebuah kondominium mewah, Sabtu lalu.

Ustazah terbabit yang dipercayai berusia lingkungan 40-an, ditahan bersama pasangannya yang juga warga pendidik, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan sebelum diserbu, pasangan terbabit dikatakan berkurung dalam unit kediaman di Kondo Vista, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, pada jam 3 pagi, sekali gus menimbulkan syak.

Malah mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk mengesahkan hubungan suami isteri atau pasangan mahram ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa yang melakukan serbuan.



Lebih mengejutkan, lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50-an, seorang ketua jabatan di sebuah institusi latihan terkenal.

Ustazah terbabit dikatakan bertugas di sebuah sekolah di Semenyih dan baru selesai mengikuti kursus sebelum memulakan tugas baru sebagai pengetua sekolah.

Sumber yang enggan dikenali turut mendakwa, pasangan terbabit dikatakan kerap dilihat bersama dan beberapa kali hampir dicekup pihak berkuasa, tetapi nasib sering menyebelahi mereka menyebabkan sentiasa terlepas daripada ditangkap basah.

Sementara itu, jurucakap Jawi ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan pasangan terbabit tetapi enggan mengulas lanjut dengan alasan siasatan sedang dijalankan.

“Pasangan yang ditahan adalah warga pendidik, namun butiran peribadi serta sekolah tempat mereka mengajar terpaksa dirahsiakan,” katanya.


Jadikan berita di atas sebagai pedoman dan tauladan untuk kita semua sebagai bakal pendidik... jangan cemarkan nama baik pendidik dengan perbuatan yang tidak sepatutnya

Kepada semua sahabat-sahabat yang ada masalah tentang pendaftaran, diharap dapat bersabar kerana pihak jawatankuasa batch sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera. Terdapat beberapa masalah berkaitan telah diselesaikan dan InsyaAllah, minggu hadapan kami akan menyelesaikan semua masalah pendaftaran. Kesulitan yang dialami waktu sekarang ini adalah disebabkan masalah pengurusan, tetapi jawatankuasa batch akan berusaha menyelesaikannya. Jadi dari semasa ke semasa sila rujuk blog ini. Sekian dari Admin.......



Di sini Admin telah Upload jadual seperti yang diedarkan dalam kelas penilaian. Jadi sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan secepat mungkin dalam blog ini. Diharap semua sahabat akan sentiasa melawat blog ini dari semasa ke semasa. Sebarang maklumat akan dimaklumkan....

Assalamualaikum....
Selamat kembali ke kampus buat sahabat-sahabat SMPI 0506, semoga kedatangan semester baru ini akan memberi semangat yang baru kepada semua. Terima kasih kepada semua kerana sudi melayari blog untuk SMPI ini, disamping dapat berbual di laman chatting. Diharapkan agar perhubungan yang telah terjalin akan sentiasa kekal hingga ke akhir hayat. Andai ada sebarang masalah atau cadangan berhubung dengan SMPI batch kita, boleh la ditulis ke dalam blog ini, sama ada di dalam forum atau bagi komen je. Dan blog ini akan sentiasa diupdate untuk terus menyampaikan maklumat kepada semua sahabat. Diharap semua sahabat akan terus menyokong blog SMPI ini. Setakat ini sahaja dari Admin, renung-renungkan dan selamat beramal...
Wassalam